Sudah hampir 3 tahun usia perkhawinan aku...semakin besar tanggungjawab aku sbg isteri dan ibu kepada uzma n yg bakal lahir ini..menjadi seorang isteri yg berkerjaya bukan mudah sebenarnya...agak memenatkan dan pada masa yg sama aku berjauhan dgn husband...lagi memenatkan sebenarnya...sebulan pertama aku bekerja...betul2 memenatkan..bila segalanya diuruskan sendiri tanpa suami disisi....cuma aku banyak dibantu oleh mak n ayah aku...termasuk adik aku.... ditambah pula dgn uzma yg sejak akhir2 nie selalu banyak kerenah..terutama tengah malam,,,,seriouslyy mmg memnatkan..pukul 2 3 pagi dia meragam...x mahu tido...aku letih sgt sebenarnya...klu dulu aku x bekerja..n tinggal dgn suamiku..x menjadi masalah klu uzma meragam mcm mana pun..sbb aku x bekerja...aku ada juga la time tuk rest sikit...klu mlm aku boleh la tido awal...n hubby duk melayan uzma bermain....then mlm uzma meragam aku yg layan...di sini aku rasa letih..sorang2...nak harap kan mak n ayah...susah...masing2 sudah tua...aku sedar tu..itu pun kadang2 dan boleh dikatkan selalu mak aku jugak yg tengok uzma...aku tahu letih melayan kerenah uzma...letih blik dri keje...itu belum termasuk melayan kerenah suami lgi...semua itu adalah tanggungjawab yg telah diberikan Allah untuk aku....aku akan dipersoalkan nanti dimana tanggungjawab aku sbg ibu n isteri n anak.... adakah aku telah melaksanakan amanah ini dgn sempurna..Ia bukan sesuatu yg mudah sebenarnya...mlm tdi adik aku melayan uzma..aku jdi letih sgt2..tak terbuka mata aku...mujur adik aku ada..Ya Allah beri lah aku kekuatan...dalam menyempurnakan tanggungjawab dan amanah ini...tak terdaya rasanyaa...dan aku mohon pengertian semua....aku mencuba ....tidak bukan mencuba..tetapi dalam proses dalam menyermpurnakan tanggungjawab aku....'sesungguhnya semua ini tidak akan berlaku terhadap aku sekiranya aku tidak mampu menghadapinya..Allah tahu sejauh mana kemampuan hamba2 nyaa'....namun aku mohon diberikan kekuatan YA Allah...aku kini rasa x berdaya sgt...dan aku hampir tertewas...hampir jatuh...
" kata-kata ini memberi aku kekuatan"
Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.
Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.
No comments:
Post a Comment